CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 24 Januari 2010

apa kata anda

ulasan


pemusatan pelajar dalam proses p&p akan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar itu sendiri. di sini, pelajar akan berusaha sendiri untuk mencari sesuatu maklumat dan guru hanya akan menjadi sebagai seorang pembimbing kepada pelajar tersebut. alat yang paling tepat untuk mencari maklumat adalah internet. justeru itu, pelajar haruslah mahir mengendalikan komputer dan mengambil maklumat. langkah ini akan merealisasikan matlamat kerajaan untuk membudayakan rakyat malaysia dengan IT.


baca ye artikel saya dan sila beri komen anda

sedikit ulasan dari saya

dalam menghadapi arus dunia globalisasi, sistem pendidikan di negara kitaharus berubah agar negara kita dapat menyaingi sistem pendidikan negara luar. cara pendidikan di negara kita perlu berubah dari tapuk lama kepada sesuatu yang lebih menarik agar negara kita dapat melahirkan pelajar yang dapat menyaingi kehendak semasa. penggunaan komputer adalah langkah terbaik yang perlu kita lakukan agar pengajaran kita akan lebih menarik dan berkesan. walau bagaimanapun, bilangan guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran mereka adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan guru yang menggunakan komputer. justeru itu langkah-langkah perlu dilakukan agar stail pengajaran para guru akan berubah.


Selasa, 19 Januari 2010

sila baca dan beri komen

ulasan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar mahupun guru. penggunaan komputer dalam p&p akan menimbulkan minat pelajar dalam pembelajaran. malahan, palajar juga boleh mengimbas kembali pembelajarannya melalui maklumat yang terdapat dalam komputer. walau bagaimanapun, guru perlu menpunyai kepakaran dan kemahiran dalam komputer bagi melancarkan proses p&p. kepakaran ini penting untuk menghasilkan isi pengajaran yang menarik dan tidak membosankan. didapati bahawa kebanyakan guru yang menggunakan komputer dalam P&P adalah guru perempuan.